ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 20. Akadnikah di Kedutaan-kedutaan Malaysia dan sebagainya di luar Malaysia.

(1) Perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen (4) seksyen 6 Enakmen ini di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana Negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul itu:

Dengan syarat bahawa Pendaftar hendaklah berpuashati bahawa-



(2) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini, adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri ini di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.