ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXVIII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 207. Kumpulan wang tidak dituntut.

(1) Kumpulanwang dan wang di dalam Mahkamah yang tidak dituntut selepas 15 tahun hendaklah, kecuali jika Mahkamah mendapat notis mengenai mana-mana tuntutan terhadapnya oleh seorang yang belum dewasa atau seorang yang tidak siuman, menjadi harta Baitulmal dan hendaklah seterusnya dibayar kepada Baitulmal.

(2) Jika ada apa-apa tuntutan dibuat terhadap kumpulanwang atau wang ini selepas dari itu Mahkamah boleh menggunakan budibicaranya untuk sama ada memerintahkan dibayar jumlah tuntutan itu ataupun nilainya kepada plaintif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.