ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:

"Jemaah" ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini;

"Lembaga" ertinya badan yang didirikan oleh Majlis yang akan dikenali sebagai "Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam";

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu PerIis yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963 (Undang-undang Bil. 3 Tahun 1964);

"Nazir Sekolah Islam" ertinya Nazir yang dilantik di bawah seksyen 17 Enakmen ini;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 Enakmen ini, dan termasuklah Timbalan-timbalan Pendaftar; dan

"Sekolah Islam" ertinya mana-mana Sekolah Agama Islam di dalam Negeri Perlis atau mana-mana tempat yang termasuklah masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balai Islam, pondok dan tadika, di mana dua puluh orang atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-mana mata pelajaran yang berhubung dengan agama Islam tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah Agama Islam yang berada di bawah Kawalan Kementerian Pendidikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.