ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004


JADUAL KEDUA
[Subseksyen 3(3)]

BENTUK WASIAT BERTULIS

(Dengan nama Allah, Yang Amat Pemurah, Amat Mengasihani)

Segala puji bagi ALLAH, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam.

Ini adalah wasiat terakhir saya,.................................................... (nyatakan nama) No. Kad Pengenalan.......................... yang beralamat ............................................................... (nyatakan alamat) dengan disaksikan oleh saksi-saksi yang bertandatangan di bawah dan yang menyaksikan bahawa saya berada dalam keadaan sihat dan waras fikiran yang membolehkan saya memahami bentuk wasiat dan akibat yang berbangkit daripadanya serta menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya dan Nabi Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya dan bahawasanya Syurga itu benar dan bahawa Hari Kiamat akan tiba tidak ragu-ragu lagi dan Allah akan membangkitkan semua ahli kubur.

Saya mewasiatkan kepada anak, keluarga dan kaum kerabat saya supaya bertaqwa kepada Allah Azzawajalla dan mentaatiNya serta berdiri teguh atas syariat dan agamaNya dan mati dalam Agama Islam, begitu juga saya mewasiatkan bahawa apabila ajal yang ditetapkan Allah ke atas makhlukNya tiba, mereka hendaklah berhati-hati dengan harta peninggalan saya; iaitu dimulai dengan membelanjakan untuk menyempurnakan jenazah saya sehingga selamat dikebumikan; kemudian dibayar segala hutang saya yang tertanggung ke atas zimmah saya dan yang diakui di hadapan saksi-saksi saya, iaitu, dibayar kepada *.............................................................. (nyatakan nama atau nama-nama) sejumlah ................................ (sebut jumlah) dan dikeluarkan sehingga satu pertiga daripada harta saya untuk diberikan kepada *................................................................. (nyatakan urutan nama waris) kemudian bakinya dibahagikan kepada waris-warisnya. Mereka ialah *...................................(nyatakan nama-nama) mengikut sebagaimana ditetapkan oleh Syariat Allah Ta'ala dan saya berpesan supaya mereka menjaga anak-anak saya yang masih kecil. Mereka ialah:

*........................................(sebut nama atau nama-nama) serta menyimpan bagi bahagian mereka masing-masing sehingga baligh dan matang pemikiran; telah mewasiatkan demikian semuanya kepada:

..............................(nyatakan nama atau nama-nama wasi) sebagai wasi atau wasi-wasi dan saya mempercayai agamanya, amanahnya, adilnya dan berpuas hati kepadanya dan terserahlah kepadanya apa yang difikirkan patut untuk kebaikan mereka dan diterima oleh wasi atau wasi-wasi semua yang tersebut mengikut Hukum Syarak di hadapan saksi-saksi serta diturunkan tandatangan dan dibaca (berlafaz).


Ditandatangani oleh pewasiat
di atas di hadapan kami, yang
di atas permintaannya dan
di hadapannya kami menurunkan nama-nama kami sebagai
saksi-saksi:


.............................................
(Tandatangan Pewasiat)

.........................................
Nama Saksi Pertama
................................
(Tandatangan)

.........................................
Nama Saksi Kedua
................................
(Tandatangan)



_____________________________________
* potong mana-mana yang tidak berkenaan.


Diluluskan dalam Dewan Negeri yang bersidang pada 16 September 2004.

YAAKOP BIN RANTAU
Setiausaha
Dewan Undangan Negeri
Negeri Sembilan




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.