ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VI - TAKSIRAN DAN RAYUAN
BAB II - RAYUAN



Seksyen 46. Perlanjutan masa untuk merayu.

(1) Seseorang yang hendak merayu terhadap suatu taksiran boleh pada bila-bila masa membuat kepada Setiausaha Pesuruhjaya Khas suatu permohonan bertulis seperti dalam borang yang ditetapkan untuk perlanjutan tempoh yang menurutnya notis rayuan terhadap taksiran itu boleh diberikan di bawah seksyen 45(1).

(2) Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), Setiausaha -

(3) Jika Setiausaha mengemukakan permohonan dan kenyataan menurut subseksyen (2)(b), dia hendaklah memberi tahu pemohon secara bertulis bahawa dia telah melakukan sedemikian dan hendaklah memberi kepada pemohon senaskah kenyataan itu; dan pemohon itu boleh, dalam masa dua puluh satu hari setelah menerima maklumat dan salinan itu, mengemukakan kepada Setiausaha Pesuruhjaya Khas representasi bertulis tentang permohonan dan kenyataan itu.

(4) Apa-apa permohonan dan kenyataan yang dikemukakan menurut subseksyen (2)(b) dan apa-apa representasi yang dikemukakan menurut subseksyen (3) hendaklah dibawa oleh Setiausaha Pesuruhjaya Khas kepada perhatian salah seorang Pesuruhjaya Khas yang hendaklah memutuskan sama ada hendak melanjutkan atau tidak tempoh memberi notis rayuan sebagaimana yang difikirkannya patut mengikut hal keadaan itu.

(5) Keputusan salah seorang Pesuruhjaya Khas yang menolak sesuatu permohonan atau memberi perlanjutan di bawah subseksyen (4) hendaklah diberitahu secara bertulis oleh Setiausaha Pesuruhjaya Khas kepada pemohon dan juga Setiausaha dan keputusan ini adalah muktamad.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.