ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 112. Bersekedudukan semula antara orang-orang bercerai.

(1) Seseorang suami yang setelah menceraikan isterinya dengan sah, bersekedudukan semula dengan isterinya tanpa terlebih dahulu melafazkan rujuk yang sah mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat bulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang isteri yang mengetahui bahawa dia telah dengan sahnya diceraikan bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat bulan atau kedua-duanya.

(3) Seseorang suami yang setelah menceraikan isterinya dengan sah, bersekedudukan semula dengan isterinya tanpa memberitahu isterinya tentang penceraian itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.