ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIV
Pelupusan Barang Kes dan Harta yang Berkaitan dengan Kesalahan



Seksyen 200. Mahkamah hendaklah menimbangkan cara melupuskan barang kes.

(1) Apabila tamat mana-mana prosiding di bawah Kanun ini Mahkamah hendaklah menimbangkan cara bagaimana barang kes patut dilupuskan dan boleh membuat apa-apa perintah untuk maksud itu mengikut undang-undang.

(2) Sekiranya Mahkamah tidak membuat apa-apa perintah untuk melupuskan barang kes, barang kes itu hendaklah diberikan kepada Pendakwa Syarie yang berkuasa di dalam prosiding itu dan boleh diuruskan oleh Pendakwa Syarie mengikut peruntukan-peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah telah membuat perintah sedemikian:

Dengan syarat bahawa jika Pendakwa Syarie pada bila-bila masa ragu-ragu tentang cara yang sesuai untuk melupuskan mana-mana barang kes, atau sekiranya mana-mana barang kes, atau sekiranya mana-mana orang menuntut supaya diserahkan kepadanya mana-mana barang kes dan Pendakwa Syarie enggan menyerahkan barang kes itu kepadanya, Pendakwa Syarie atau orang tersebut boleh membuat permohonan kepada Mahkamah yang membicarakan kes itu dan Mahkamah hendaklah membuat perintah bersangkutan dengan pelupusan barang kes itu sebagaimana yang difikirkan sesuai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.