ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 158. Rayuan selepas tamat tempoh dan kecacatan formal.

Mahkamah Rayuan Syariah boleh menurut budi bicaranya, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian oleh sebab dia tidak mematuhi sesuatu formaliti atau sesuatu kehendak Ordinan ini, membenarkan sesuatu rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan yang difikirkannya patut supaya keadilan substansial boleh dilakukan dalam perkara itu, dan boleh, bagi maksud itu, melanjutkan apa-apa tempoh masa yang ditetapkan dalam seksyen 153 atau 155.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.