ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 104. Soalan lucah atau yang membawa aib.

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan atau pertanyaan yang didapatinya sebagai lucah atau yang membawa aib, walaupun soalan-soalan atau pertanyaan itu mungkin ada hubungan dengan soalan-soalan yang ada di hadapan mahkamah, melainkan jika soalan atau pertanyaan itu berhubung dengan fakta yang disoal atau dengan perkara yang perlu diketahui untuk menentukan adanya atau tidak fakta-fakta yang menjadi soal itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.