ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi
Seksyen 98. Keterangan mengenai perkara bertulis.
Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau lain-lain pelupusan harta yang mengenainya dia memberi keterangan itu tidak ada terkandung dalam sesuatu dokumen, dan jika dia mengatakan ada, atau jika dia hampir-hampir hendak membuat apa-apa pernyataan mengenai kandungan sesuatu dokumen yang, pada pendapat mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak lawan boleh membantah keterangan itu diberi sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga telah terbukti fakta-fakta yang menghakkan pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberi keterangan sekunder mengenainya.
Huraian
- Seseorang saksi boleh memberi keterangan lisan tentang pernyataan-pernyataan yang telah dibuat oleh orang-orang lain mengenai kandungan dokumen jika pernyataan-pernyataan itu adalah sendirinya fakta-fakta yang relevan.
MISALAN
Soalnya ialah sama ada
A
telah menyerang
B
.
C
menerangkan dengan sumpah bahawa ia telah mendengar
A
berkata kepada
D
:
"B
telah menulis surat kepada saya menuduh saya mencuri dan saya akan mengambil balasan atasnya". Kenyataan ini adalah relevan sebagai menunjukkan sebabnya
A
menyerang itu dan keterangan boleh diberi mengenai kenyataan itu walaupun tiada apa-apa keterangan lain diberi berkenaan dengan surat itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.