ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 105. Kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi-saksi.

(1) Pegawai Penguatkuasa Syar'iah yang membuat penyiasatan di bawah Enakmen ini boleh dengan perintah bertulis menghendaki supaya hadir di hadapannya mana-mana orang yang ternyata kepada pegawai itu sebagai mengetahui akan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana dikehendaki itu.

(2) Jika mana-mana orang yang tertakluk kepada perintah di bawah subseksyen (1) gagal hadir sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu, Pegawai Penguatkuasa Syar'iah itu boleh melaporkan kegagalan itu kepada Qadi yang bolehlah setelah itu mengeluarkan waran untuk mendapatkan kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu.

(3) Seseorang yang hadir sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (1) adalah berhak dibayar perbelanjaan perjalanan dan saraan yang munasabah yang ditanggung olehnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.