ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 251. Notis untuk mengakui fakta atau dokumen.

Apabila sesuatu fakta atau dokumen berkaitan itu susah atau mahal untuk dibuktikan, pihak yang menanggung beban membuktikannya itu boleh dengan memberi notis menghendaki mana-mana pihak lawan mengakui hal itu bagi maksud prosiding khas sahaja dan tertakluk kepada pengecualian yang patut sahaja. Sesuatu pengakuan sedemikian boleh juga dibuat dengan surat. Jika pengakuan itu tidak dibuat dan Mahkamah berpendapat bahawa dalam hal keadaan itu adalah berpatutan ia membuatnya, Mahkamah boleh memerintah pihak itu untuk membayar kos bagi membuktikan fakta atau dokumen itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.