ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 14. Nyataan yang menunjukkan wujudnya keadaan fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh.

Nyataan yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan fikiran, seperti niat, pengetahuan, sucihati, kecuaian, kegopohan, niat jahat, atau niat baik terhadap seseorang tertentu, atau menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh badan atau perasaan tubuh, adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan fikiran atau tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi soal atau ada hubungan.

Huraian 1--Sesuatu nyataan yang berkaitan sebagai menunjukkan wujudnya suatu keadaan fikiran yang berkaitan mestilah menunjukkan bahawa keadaan fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubung dengan perkara tertentu yang berkenaan itu.

Huraian 2-Tetapi jika dalam pembicaraan seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu oleh orang yang dituduh itu menjadi qarinah dalam erti seksyen ini, maka sabitan dahulu orang itu hendaklah juga menjadi suatu qarinah.

MISALAN

(a) Soalnya ialah sama ada A telah rnelakukan keaniayaan terhadap isterinya B.

Perasaan mereka terhadap satu sama lain yang dizahirkan tidak beberapa lama sebelum atau selepas keaniayaan yang dikatakan itu adalah qarinah.

(b) A dibicarakan kerana sesuatu jenayah.

Nyatakan bahawa ia berkata sesuatu rnenunjukkan niat hendak rnelakukan jenayah tertentu itu adalah qarinah.

Nyataan bahawa ia telah berkata sesuatu rnenunjukkan kecenderungan am hendak melakukan jenayah jenis itu bukan qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.