ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 174. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin.

Jika oleh kerana kesilapan, tipuan atau sebab yang lain, penjamin-penjamin yang tidak mencukupi telah diterima, atau jika penjamin-penjamin itu kemudiannya menjadi tidak mencukupi, Mahkamah yang memberi jaminan itu boleh mengeluarkan waran tangkap mengarahkan orang yang telah dilepaskan atas jaminan itu dan membawanya di hadapan Mahkamah itu dan boleh mengarah supaya dia mencari penjamin yang mencukupi, dan jika dia gagal berbuat demikian mengarahkan supaya dia ditahan di penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.