ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN SAMAN



Seksyen 28. Bentuk saman dan penyampaian.

(1) Tiap-tiap saman untuk hadir yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah bertulis di dalam Borang 2C(i) dan Borang 2C(ii) yang terkandung di dalam Jadual dan ditandatangani oleh Kadi dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Saman itu hendaklah menyatakan secara am kesalahan yang dituduh dan di bawah seksyen dan Enakmen mana dia boleh dihukumkan.

(3) Saman tersebut biasanya hendaklah disampaikan oleh Pegawai Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman bolehlah jika ia fikirkan patut mengarahkan ianya disampaikan oleh mana-mana orang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.