ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERNIKAHAN
Seksyen 44. Perintah membubarkan pernikahan atau untuk fasakh.
Seorang yang bernikah di bawah Enakmen ini adalah berhak mendapat suatu perintah pembubaran pernikahan atau fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut-
(i) bahawa suaminya, kerana kepapaan tidak mampu menyarainya;
(ii) bahawa suaminya telah mati pucuk pada masa pernikahan dan masih lagi sedemikian keadaannya, dengan syarat bahawa ianya tidak tahu pada masa pernikahan bahawa suaminya telah mati pucuk.
(iii) bahawa isterinya mempunyai kecacatan yang menghalang persetubuhan dilakukan;
(iv) bahawa suaminya atau isterinya telah gila selama tempoh satu tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(v) bahawa suaminya mempunyai kemaluan yang luar biasa;
(vi) bahawa izin isterinya terhadap pernikahan itu telah diberi secara tidak sah sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidak sempurnaan akal atau lain-lain sebab; atau
(vii) bahawa pada masa pernikahan itu isterinya, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah adalah seorang yang sakit otak sama ada berterusan atau berselangan dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 dari satu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk bernikah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.