ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 184. Bon hendaklah disempurnakan.

Sebelum mana-mana orang dilepaskan atas jaminan, orang itu hendaklah menyempurnakan suatu bon bagi sejumlah wang yang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, fikirkan mencukupi dengan syarat bahawa apabila dia dilepaskan atas jaminan dengan seorang atau lebih penjamin, orang itu hendaklah hadir pada masa dan tempat yang disebutkan dalam bon itu dan hendaklah terus hadir sedemikian sehingga diarahkan selainnya oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.