ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 265. Kehadiran diri.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah boleh dengan alasan yang cukup memerintah kehadiran diri mana-mana pihak kepada mana-mana pembicaraan pada bila-bila masa, kecuali jika pihak itu berada di luar Negeri, dan kegagalan mematuhi perintah ini dengan sengaja adalah suatu penghinaan Mahkamah dan tanpahiraukan kehadiran mana-mana peguam atau agen bagi pihak itu Mahkamah hendaklah meneruskan pembicaraan seolah-olah ia tidak hadir di dalam pembicaraan itu. Suatu perintah untuk hadir diri hendaklah disampaikan kepada diri orang itu sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.