ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - HUKUMAN ( PENALTI ) DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 36. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan.

Jika seseorang, bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Ordinan ini, sengaja membuat sesuatu akuan atau pernyataan yang palsu, maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.