ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Penghakiman Mahkamah Adalah Qarinah



Seksyen 32. Fraud atau pakat-sulit bagi mendapatkan penghakiman atau ketakkompetan Mahkamah boleh dilakukan.

Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding lain boleh menunjukkan bahawa sesuatu penghakiman, perintah atau dekri yang adalah qarinah di bawah seksyen 28, 29 atau 30, yang telah dibuktikan oleh pihak menentang, telah dibuat oleh Mahkamah yang tak kompeten membuatnya atau telah didapati dengan cara fraud atau pakat-sulit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.