ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XIII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 84. Acara perjalanan prosiding yang dipindahkan.

Prosiding yang dipindahkan kepada mana-mana Mahkamah hendaklah didaftarkan di dalam daftar Mahkamah yang kemudiannya itu dan Mahkamah itu boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memberi arahan mengenai prosiding seterusnya seperti yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.