ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN V - MASJID
Seksyen 167. Sekatan bagi mendirikan atau menggunakan mana-mana bangunan sebagai, dan larangan penggunaan, masjid.
(1) Tidaklah boleh mana-mana orang mendirikan mana-mana masjid atau mana-mana bangunan yang akan digunakan sebagai masjid, atau sebaliknya menggunakan mana-mana bangunan yang sedia ada sebagai atau bagi maksud sebuah masjid, tanpa kebenaran yang bertulis daripada Pesuruhjaya.
(2) Pesuruhjaya boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta,
melarang penggunaan mana-mana masjid bagi apa-apa maksud sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.