ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
BAB 2 - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA
Seksyen 52. Bila dibenarkan
(1) Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasa jika—
(a)
keseluruhan hal perkara tindakan itu berhubung dengan harta tak alih yang terletak dalam Negeri Sembilan;
(b)
apa-apa relief diminta terhadap mana-mana orang yang berdomisil atau biasanya bermastautin atau menjalankan perniagaan di Negeri Sembilan;
(c)
setelah tindakan itu dibawa dengan sepatutnya terhadap seseorang yang kepadanya penyampaian dibuat dengan sempurna di Negeri Sembilan, seseorang di luar Negeri Sembilan ialah suatu pihak yang perlu atau patut dalam tindakan itu; atau
(d)
dalam apa-apa hal yang berbangkit daripada perkahwinan, permastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu ialah di Negeri Sembilan.
(2) Tertakluk kepada seksyen 54, apa-apa perintah yang memberikan kebenaran untuk melaksanakan penyampaian di luar bidang kuasa hendak mengarahkan cara penyampaian itu hendak dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.