ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula



Seksyen 17. Memeriksa orang kerana hendak mendapatkan nama dan alamat.

Tiap-tiap orang yang ditahan dengan sah mengikut undang-undang yang tiada berdaya oleh kerana mabuk, sakit, sakit otak ataupun masih kanak-kanak, tidak berupaya memberi maklumat yang memuaskan mengenai dirinya sendiri, bolehlah diperiksa untuk menentukan nama dan tempat kediamannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.