ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERLANTIKAN DAN PENUBUHAN MAHKAMAH



Seksyen 62. Keanggotaan Mahkamah Rayuan.

(1) Mahkamah Rayuan hendaklah mengandungi tiga orang ahli, salah seorang daripadanya ialah Kadi Besar yang akan menjadi Pengerusi dan seorang yang ada pengalaman dalam hal Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah dan mendapat Tauliah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan seorang lagi dipilih daripada sekumpulan seramai tujuh orang yang berigama Islam bermazhab Shafie dilantik pada tiap-tiap tiga tahun dan mendapat Tauliah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(2) Dalam ketiadaan mana-mana ahli yang tersebut di dalam seksyen-kecil (1) di atas, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang penggantinya daripada kumpulan itu dan ahli yang kanan hendaklah menjadi Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.