ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 143. Rampasan dan penjualan.
Apabila perlaksanaan diperintahkan dengan cara rampasan dan penjualan-
(
a
) (i) tertakluk kepada peruntukan selepas ini, belif hendaklah mengambil harta itu dalam jagaannya;
(ii) jika harta itu terdiri dari saham, stok atau dibentur, yang tidak boleh dipindahkan melalui penyerahan, dalam mana-mana pinjaman atau kumpulanwang, belif hendaklah menyampaikan kepada pihakberkuasa berkenaan suatu salinan perintah perlaksanaan bersama dengan kenyataan yang mencukupi mengenai jenis saham, stok atau dibentur yang dirampas itu dan satu notis dalam borang yang ditetapkan. Pindahmilik harta-harta tersebut tidak boleh didaftarkan kecuali dengan izin Mahkamah, dan apa-apa faedah atau dividen mengenainya hendaklah dibayar kepada Mahkamah sehingga Mahkamah membuat perintah sebaliknya atau membenarkan pemindahan mengenainya;
(
b
) harta yang dirampas tidak boleh tertakluk kepada apa-apa tuntutan mengenai sewa melainkan satu waran distres difailkan kepada belif sebelum penjualan;
(
c
)
selepas rampasan apa-apa pemberian milik atau pelupusan harta yang dirampas itu, kecuali dengan izin Mahkamah, hendaklah menjadi batal, dan perbuatan itu adalah juga suatu penghinaan Mahkamah;
(
d
)
Pada bila-bila masa sebelum penjualan, si piutang-hukuman boleh meminta belif supaya melepaskan mana-mana harta yang ditentukan dan pelepasan tersebut tidaklah berkuasa sebagai menggugurkan perlaksanaan itu keseluruhannya;
(
e
)
pada bila-bila masa sebelum penjualan si piutang-hukuman boleh menggugurkan perlaksanaan dan belif hendaklah kemudiannya memulangkan perintah perlaksanaan itu;
(
f
)
belif hendaklah, melainkan harta yang dirampas itu merupakan wang, meneruskan penjualan mengikut peruntukan Bahagian ini;
(
g
)
belif hendaklah selepas daripada perlaksanaan membuat satu penyata mengenai perlaksanaan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.