ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN III - MAHKAMAH RAYUAN



Sekyen 15. Bidangkuasa Rayuan.

(1) Tertakluk kepada Enakmen ini atau mana-mana Undang-undang bertulis Mahkamah hendaklah selain daripada membuat peraturan-peraturan amalan dan aturcara bagaimana rayuan patut dibuat mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan mana-mana rayuan terhadap mana-mana keputusan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana Mahkamah Kadi.

(2) Selain daripada kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana Undang-undang bertulis lain, Mahkamah Rayuan hendaklah juga berkuasa jika didapati diperlukan oleh kepentingan keadilan mendengar dan memutuskan mana-mana rayuan yang oleh kerana peruntukan mana-mana Undang-undang adalah tidak sah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.