ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang berlainan---

"anak kariah", berhubung dengan suatu kariah masjid, ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid;

"Enakmen 1952" ertinya Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, 1952 [En.3/52] bagi Negeri Selangor;

"Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 38 (1);

"Hakim Mahkamah Rendah Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Syariah yang dilantik di bawah seksyen 40 (1);

"Hudud Syarie" ertinya hukuman yang ditetapkan oleh Al-Quran atau Hadith;

"Hukum Syara'" ertinya Undang-undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah;

"Jawatankuasa Kariah" ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 64 (1);

"Kariah" atau "Kariah Masjid" berhubung dengan masjid, ertinya kawasan atau sempadan yang ditentukan di bawah seksyen 59, di mana masjid itu berada;

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah Seksyen 38 (1);

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 54 (1);

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, setakat mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah Seksyen 37;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah Seksyen 4 (1);

"Masjid" dalam Seksyen 57, ertinya suatu bangunan yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang dan kegiatan yang berkaitan, diluluskan atau digalakkan oleh Agama Islam, dan dalam seksyen-seksyen lain ertinya mana-mana masjid atau surau yang disenaraikan dalam Rekod Jabatan Agama Islam Selangor yang Majlis telah memberi kebenaran sebagai Masjid;

"Mufti" ertinya Mufti yang dilantik menjadi Mufti bagi negeri Selangor mengikut Seksyen 29 dan termasuk Timbalannya;

"Muallaf" ertinya seseorang yang baru memeluk agama Islam;

"Pegawai Masjid" ertinya Naqib, Imam, Bilal dan Siak bagi sesuatu masjid;

"Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya pegawai yang dilantik di bawah Seksyen 54 (4);

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah Seksyen 55;

"Pembantu Bilal" ertinya Bilal Rakyat atau Bilal yang dipilih oleh anak kariah sesuatu masjid;

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Majlis;

"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah Seksyen 11;

"Seseorang Islam" ertinya---
(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Pentafsiran 1967 [Akta 23/67] hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing oleh Akta itu setakat mana ia tidak bertentangan dengan Hukum Syara'.

(3) bagi mengelakkan keraguan berkenaan sifat atau tafsiran perkataan atau perbahasan yang digunakan di dalam Enakmen ini yang disenaraikan di dalam Jadual, rujukan boleh dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan itu dan perbahasan yang ditunjukkan bertentangan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.