ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH KADI



Seksyen 17. Penubuhan dan bidangkuasa.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dengan perintah, menubuhkan beberapa Mahkamah Kadi yang difikirkan patut.

(2) Mahkamah Kadi hendaklah mempunyai bidangkuasa di dalam daerah-daerah yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan hendaklah diketuai oleh seorang Kadi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.