ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 56. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan.

Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya boleh memohon mut'ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuashati bahawa perempuan itu telah diceraikan, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.