ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI



Seksyen 224. Menunjukkan kad pengenalan kuasa.

(1) Mana-mana orang yang diberi kuasa bertindak terhadap mana-mana orang lain di bawah Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yang dia bertindak ke atasnya itu apa-apa suratan memperkenalkan dirinya seperti yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya.

(2) Tiadalah menjadi kesalahan ke atas mana-mana orang, yang ingkar mematuhi apa-apa permintaan, kehendak, atau perintah yang dibuat oleh mana-mana orang yang diberi kuasa itu, jika orang itu ingkar mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan suratan memperkenalkan dirinya apabila diminta oleh orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.