ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 150. Perintah mengambil keterangan lanjutan.


(1) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan di bawah Bab itu Mahkamah Rayuan Syariah jika ia fikir keterangan terhadap tambahan adalah perlu, bolehlah samada mengambil sendiri keterangan berkenaan atau mengarahkannya diambil oleh Qadhi.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Qadhi ia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Mahkamah Rayuan Syariah, sesudah itu hendaklah, seberapa segera yang boleh, terus menyelesaikan rayuan.

(3) Kecuali jika Mahkamah Rayuan Syariah mengarahkan sebaliknya, orang yang dituduh atau peguamnya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.