ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Qarinah



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pekomplot berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah yang boleh diambil tindakan, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas masa bila niat itu mula-mula timbul dari salah seorang daripada mereka, adalah qarinah terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berkomplot sedemikian, begitu juga bagi maksud membukti kewujudan komplot itu dan juga bagi maksud menunjukkan bahawa orang itu telah menjadi pihak dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.