ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal



Seksyen 95. Hukuman terus kerana berdusta dalam mahkamah terbuka.

(1) Jika mana-mana orang yang memberi keterangan atas apa-apa perkara dalam mahkamah terbuka dalam mana-mana prosiding, sama ada mal atau jenayah, di hadapan Mahkamah Tinggi Syar'iah atau Mahkamah Rendah Syar'iah sama ada-

adalah sah bagi Mahkamah memanggil saksi itu untuk menunjukkan sebab, sama ada serta-merta atau pada suatu tarikh kemudian, mengapa dia tidak sepatutnya dihukum terus kerana memberi keterangan palsu dan, jika saksi itu gagal menunjukkan sebab sedemikian, dengan terus menghukum saksi itu sebagai kerana menghina mahkamah-

(2) Bilamana sesuatu kuasa yang diberi oleh seksyen ini digunakan, orang yang dihukum itu hendaklah ada hak membuat apil yang sama seolah-olah dia telah dihukum selepas perbicaraan yang dijalankan menurut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(3) Mana-mana orang yang dihukum di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta selepas hukuman itu dijatuhkan, diberitahu tentang haknya untuk membuat apil terhadap hukuman itu.

(4) Apabila notis apil diserahkan oleh mana-mana orang yang dihukum di bawah seksyen ini, Mahkamah yang telah memerintahkan hukuman itu hendaklah menggantung pelaksanaan hukuman itu dan hendaklah melepaskan orang yang dihukum itu atas syarat-syarat yang dijamin oleh bon peribadinya sahaja.

(5) Sebagai ganti bagi menjalankan kuasa menghukum terus yang diberi oleh subseksyen (1) Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, melaporkan perkara itu kepada Pendakwa Raya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.