ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993
BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - MAHKAMAH JENAYAH
Seksyen 7. Bidangkuasa jenayah Hakim.
Tertakluk kepada Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil ketahui dan menjalankan kuasa untuk -
(a)
mendengar, membicara, memutus dan menguruskan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada keseluruhannya atau pada sebahagiannya di dalam bidangkuasa tempatan Hakim dan yang boleh dibicarakan oleh Hakim tersebut;
(b)
membuat penyiasatan terhadap aduan berkenaan dengan kesalahan dan menyaman serta memeriksa saksi-saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman serta menangkap orang-orang yang disyaki melakukan jenayah dan orang-orang salah dan membicarakan mengikut undang-undang;
(c)
mengeluarkan waran untuk mengeledah atau menyebabkan pengeledahan tempat-tempat yang mana barang-barang atau benda-benda yang bersangkutpaut dengan kesalahan yang telah dilakukan dikatakan ada disimpan atau disembunyikan dan menghendaki orang -orang supaya mengadakan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan
(d)
membuat semua perkara dan mengambil semua tindakan dalam mana seorang Hakim diberi kuasa oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.