ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN X - AM
Seksyen 135. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah
(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia amalan dan tatacara dalam semua perbicaraan hal ehwal suami isteri di bawah Enakmen ini sebagaimana yang difikirkan bermanfaat oleh Baginda dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal selia fi dan kos yang kena dibayar dalam semua perbicaraan itu; tertakluk kepadanya itu, semua perbicaaan di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal selia oleh amalan dan tatacara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat amalan dan tatacara itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.
(2) Mengenai perkara amalan dan tatacara dalam perbicaraan hal ehwal suami isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh menerima pakai apa-apa amalan dan tatacara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.
(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut dahulu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi-
(a) cara bagaimana Pendaftar-Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan
Ruju'
Orang Islam hendak menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada mereka oleh Enakmen ini;
(b) bentuk Daftar-Daftar Perkahwinan, Perceraian, dan
Ruju'
dan perakuan nikah, perceraian, dan
ruju'
dan cara bagaimana Daftar-Daftar dan surat-surat perakuan dikehendaki disimpan;
(c) membekal dan menyimpan dengan selamat Daftar-daftar Perkahwinan, Perceraian, dan
Ruju'
, buku nota Pendaftar, dan segala akuan yang dibuat bagi maksud-maksud Enakmen ini;
(d) menyediakan dan mengemukakan penyata-penyata perkahwinan, perceraian, dan
ruju'
yang didaftarkan di bawah Enakmen ini;
(e) bentuk apa-apa perakuan, notis, atau dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud melaksanakan Enakmen ini;
(f) membuat pencarian-pencarian dan memberi salinan-salinan yang diperakui;
(g) fi yang boleh dikenakan bagi maksud-maksud Enakmen ini;
(h) hukuman-hukuman kerana melanggar atau tidak mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini; dan
(i) perkara-perkara lain bagi maksud melaksanakan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.