ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Keputusan Mahkamah keadilan bila berkaitan



Seksyen 28. Keputusan dahulu adalah berkaitan bagi menahan guaman atau perbicaraan yang kedua.

Adanya sesuatu keputusan, perintah atau dikri yang pada sisi undang-undang menahan mana-mana Mahkamah daripada mengambil ketahui tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu pembicaraan adalah suatu nyataan yang berkaitan apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah itu patut mengambil ketahui tentang guaman itu ataupun patut mengadakan pembicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.