ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak



Seksyen 110. Kelahiran selepas pengakuan bahawa 'iddah telah tamat.

Jika seseorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat suatu pengakuan bahawa tempoh 'iddahnya telah tamat, sama ada 'iddah itu adalah oleh sebab kematian suaminya atau perceraian, dan perempuan itu kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu, melainkan jika anak itu telah dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima oleh Hukum Syara' dari tarikh perkahwinan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.