ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA UGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 65. Laporan Penyelia Ugama.


(1) Tiap-tiap penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah disempurnakan tanpa kelengahan yang tidak perlu, dan sebaik sahaja ia disempurnakan pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang pendakwa telah mengarahkan tidak perlu dilaporkan kepadanya, menghantarkan kepada pendakwa suatu laporan mengikut Borang 3C di dalam jadual pertama dengan menyatakan nama-nama pihak, keadaan maklumat, dan nama-nama orang mengetahui keadaan-keadaan kes itu.

(2) Pendakwa boleh pada bila-bila masa dengan perintah bertulis mengarahkan bahawa tiada apa-apa laporan perlu dihantarkan kepadanya dalam kes-kes dari jenis yang di catatkan dalam perintah itu, dan boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.