ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - PEMERIKSAAN SEKOLAH AGAMA OLEH PENDAFTAR, DLL.



Seksyen 26. Kuasa untuk menyiasat.

(1) Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Nazir Sekolah, orang yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini.

(2) Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Nazir Sekolah, orang yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dalam mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan oleh Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Nazir Sekolah atau orang yang diberi kuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.