ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 1- AM



Seksyen 100. Keterangan hendaklah diambil secara lisan.

Tertakluk kepada Ordinan ini dan Ordinan Keterangan Syariah, 2001 [Bab 47], apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan pada perbicaraan apa-apa prosiding melalui keterangan pihak-pihak atau saksi-saksi hendaklah dibuktikan dengan memeriksa pihak-pihak atau saksi-saksi itu secara lisan di dalam Mahkamah terbuka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.