ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.
(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 dan terpakai hanya bagi Negeri Sembilan.
(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Besar melalui pemberitahuan dalam
Warta
:
Dengan syarat bahawa Yang di-Pertuan Besar boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan melalui pemberitahu dalam
Warta
bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan atau Bahagian-bahagian yang berlainan dalam Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.