ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 6 - BABAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 75. Beban membuktikan fakta tertentu.

Beban membuktikan sesuatu fakta tertentu adalah terletak atas pada orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu.

MISALAN

A berkehendakkan Mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu dia berada di suatu tempat lain.

Dia mestilah membuktikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.