ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN IV - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 53. Hak terhadap nafkah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh edah.

(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh edah atau apabila isteri itu hidup dalam perzinaan dengan seseorang lain, mengikut mana yang lebih awal.

(2) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada bekas suaminya hendaklah terhenti apabila isteri itu berkahwin dengan seseorang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.