ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 165. Kuasa untuk menyemak.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah boleh memanggil dan memeriksa rekod-rekod mana-mana prosiding dalam sesuatu perkara jenayah di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah bagi maksud memuaskan hatinya bahawa keputusan dalam prosiding itu adalah betul dan sah, dan bahawa prosiding itu dijalankan mengikut aturan, dan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai kuasa yang sama dan boleh berbuat sedemikian, berkenaan dengan mana-mana prosiding dalam sesuatu perkara jenayah di hadapan Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Walau apa jua pun peruntukan subseksyen (1), mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang selepas menyampaikan keputusannya berpendapat bahawa keputusannya itu tersilap, atau tidak adil atau prosidingnya tidak mengikut aturan boleh merujuk keputusan itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah bagi penyemakan, dan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh dalam keadaan yang sama berbuat sedemikian kepada Mahkamah Rayuan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.