ENAKMEN 20 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN XI - PENZAHIRAN
Seksyen 86. Pemeriksaan dokumen.
Mana-mana pihak adalah berhak untuk memeriksa dan membuat salinan apa-apa dokumen dalam milikan atau kuasa pihak yang satu lagi dan yang disebut dalam mana-mana pliding, afidavit atau dokumen lain yang difailkan olehnya dalam prosiding itu atau semasa pemeriksaan lisan di bawah seksyen 85.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.