ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN V - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM
Seksyen 50. Mengganggu perhimpunan agama atau upacara agama.
Mana-mana orang yang dengan sengaja menyebabkan gangguan di mana-mana perhimpunan atau upacara agama adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.