ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TANAH PERKUBURAN



Seksyen 64. Pemegang amanah masjid dan tanah yang berkaitan.

Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah bagi kesemua masjid-masjid di dalam Negeri Pulau Pinang; dan tiap-tiap masjid berserta tanah yang diatasnya terdiri masjid itu atau mana-mana tanah yang berhubungan dengan dan digunakan bagi maksud masjid itu, selain daripada tanah kerajaan, hendaklah sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan, terletakhak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.