ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang dokumen.
Seksyen 64. Anggapan tentang Warta, akhbar, dsb.
Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai
Warta
Kerajaan Malaysia atau
Warta
Kerajaan Negeri, atau sebagai sebuah akhbar, jurnal atau majalah dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika dokumen itu disimpan pada asasnya secara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikeluarkan daripada simpanan yang sepatutnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.