ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 3 - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 45. Fakta-fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.

(1) Tertakluk kepada seksyen 17 (2) tiada apa-apa jua fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau wakil-wakil mereka bersetuju untuk mengakuinya di dalam perbicaraan itu apabila diadakan prosiding atau jika sebelum prosiding itu, mereka bersetuju untuk mengaku secara bertulis dengan ditandatangani oleh mereka, atau jika menurut apa-apa kaedah pliding yang berkuatkuasa pada masa itu mereka disifatkan sebagai telah mengakuinya melalui pliding mereka.

(2) Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, menghendaki supaya fakta-fakta yang diakui itu dibuktikan dengan cara lain daripada pengakuan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.